Novella

 DIA UNTUKKU

BAB 1
Nurzahra menggenggam slip keputusan peperiksaan SPMnya. Dia merenung kembali ke kertas itu. 5A. Bangga namun tiada senyuman terukir di bibirnya. Kemudian dia mencampak slip itu diatas meja belajarnya.
Apalah gunanya keputusan tu, kalau aku tak dapat tawaran IPTA mana-mana? Gerutu Nurzahra sambil merenung wajah pucatnya di cermin.
Sepanjang malam dia menangis memikirkan nasib masa depannya nanti. Kakak-kakaknya semua sudah lepas mendapatkan tempat di IPTA. Kak Dira buat degree di UPM, kak zarti pula buat degree di UITM Shah Alam course Architecture.
Sudah 2minggu dia menganggur dirumah beerti rakan-rakannya yang lain sudah 2minggu berada di menara gading.
Nurzahra tidak ambil peduli tentang itu kerana dia tahu dia juga layak untuk menyambung pelajarannya. Dia yakin ada peluang lain untuk merayu UITM.

“Zara , kamu mohon UITM pengambilan kedua je lah. Dah takde rezeki kan?”ujar mama pada malam kelmarin.
Apa yang mama arahkan, dia turut sahaja. Hatinya sudah beku selebihnya sedih memikirkan nasibnya.

Menunggu 6 bulan dari sekarang untuk pengambilan kedua nanti bukan satu jangka masa yang pendek. Lama. Itupun kalau dapat, kalau tak dapat bagaimana nasibnya nanti?
Aku jadi isteri orang? Ada orang nak masuk meminang akukah?bisik hati Nurzahra
Tapikan aku muda lagi, aku belum puas hidup membujang dan berseronok!teriak hatinya lagi.
Sekejapan air mata Nurzahrameleleh. Terpampang wajah puan sara dan encik izzudin diruang mata.
“maafkan zahra ma, abah . .”ujar nurzahra dalam sendunya.

Kemudian Nurzahra baring pula. Cuba untuk melelapkan matanya pada malam itu tetapi matanya susah pula nak pejam. Dia merenung siling dibiliknya. Pertemuan dengan rakan-rakan, cikgu-cikgu adalah kenangan yang tidak boleh dilupakan. Dia senyum sendiri. Semalam, seolah-olah dia dan kawannya meraikan kejayaan mereka dalam SPMnya.

Nurzahra menoleh pula kekanan. Cahaya lampu yang samar-samar di luar jendela kaca direnungi. Air mata yang mulai reda,kian mengalir lagi. Dia sedih kerana terpaksa menyembunyikan dirinya daripada rakan-rakannya sekarang. Dia seolah-olah berdiam diri. Dia tidak lagi membalas messege kawan-kawanya yang menanyakan tentang dirinya. Dia malu. Nurzahra tidak mendapatkan mana-mana tempat di IPTA.

Hah.. nurzahra menarik nafas. kemudian dia melepaskan perlahan-lahan. Dia menyeka air mata dengan belakang tangannya. Dia segera bangkit dari katil. Dia menalihkan wajahnya di cermin hadapannya.

Aku redha dengan semua ni dan aku yakin Allah sentiasa ada dengan aku, bisiknya seraya keluar dari biliknya untuk mengambil wuduk  dan menunaikan solat sunat hajat!

***

“Mana pulak  benda alah ni?” ujar nurzahra sambil meraba-raba bantal dan selimutnya dan seterusnya di meja sebelah katilnya.
“Bising je alarm ni, menganggu je aku tidur!”bebelnya lagi lalu terus mematikan alarm pada telefon bimbitnya itu. seingatnya dia tidak memasang alarm semalam kenapa boleh berbunyi.
Bising. Arumi terasa matanya amat berat untuk dibuka. Bunyi kecoh di luar biliknya memaksa dia membuka mata. Kenapa mama membebel lagi?hatinya tertanya-tanya.
“Zahra!”
Ketika itu pintu biliknya ditolak dari luar dengan suara puan Sara menjerit namanya.
“Hari-hari bangun lambat. Hari-hari bangun lambat. Apa nak jadi kamu ni? Takkan 6bulan kamu nak macam ni je? Bangun sampai matahari dah naik.”bebel puan Sara.
Bosannya aku kalau hari-hari kena bebel macam ni. Apa yang nak dibuat kalau pagi-pagi dah bangun, bebel hati kecil Nurzahra.
“Esok bangun awal. Kamu pergi cari kerja kat mana-mana. Duduk rumah pun bukannya nak tolong apa-apa.”ujar puan Sara lagi.
 “Abah kamu pun dah bising. Dengar tak mama cakap ni?” Tanya puan Sara melihat anak daranya hanya berdiam dari tadi.
Nurzahra hanya mengangguk.

Cari kerja? Aku nak kerja apa? Haish. Susahlah macam ni. Kalau sekarang aku dah sambung belajar taklah aku susah-susah fikir nak cari kerja. Bentak hati kecilnya.
Aku ni dahla tak reti nak bercakap apatah lagi nak mintak kerja,bebelnya lagi. Tak tau! anggapan Nurzahra kerana dia tiada pengalaman mencari kerja. Pengalaman di PLKN pun dia tidak lupa lagi.

Perasaan Nurzahra berdebar-debar memasuki ruang lobi di kilang TopGlove. Dia melihat kaunter pertanyaan ditengah-tengah ruang lobi yang mewah itu.
“Saya nak mintak err, borang mintak kerja.” Ujar nurzahra kepada salah seorang di kaunter itu.
Wanita bertudung bawal itu mengangguk dan menyerahkan borang itu kepada Nurzahra.
“Kamu isi borang ni kat kilang sebelah kat sini penuh.”ujar perempuan itu.
Aku mengerut dahi mendengar permintaannya.
“ Sebelah? Kat mana?” Nurzahra mengaju soalan.
“kilang sebelah ni je, kamu keluar nanti jumpa.”ujarnya lagi.
Nurzahra hanya menggangguk dan berlalu pergi.
Tak sopan lansung. Dia tak tau ke aku tak pernah datang sini? Dia fikir aku tau ke kilang sebelah tu kat mana. Bebel Nurzahra tidak puas hati!

“aduh!” nurzahra menjerit kecil apabila terlanggar bahu seseorang. Sudahlah hati bengkak tiba-tiba ada mahluk mana tah datang terus langgar bahu aku. Buta apa!
“maaf maaf.” Lelaki itu seraya menunduk mengambil kertas yang jatuh dari tangan Nurzahra.
“Awak ok? Saya tak nampak awak lalu sebab saya nak cepat.”ujarnya lagi dah kertas ditangannya sudah bertukar tangan.
Nurzahra hanya mengangguk.
Kau nak cepat, hal kau lah! Tak payahlah sampai langgar aku. Lepastu tanya aku ok ke tak? Excuse me? Memang tak ok. Sakit bahu aku tau tak! Mulut nurzahra membebel perlahan.
“Awak cakap apa? Saya tak dengar.”ujar lelaki itu.
“Saya tak cakap ngan awak lah.”balas nurzahra sambil mata melilau mencari kilang yang dimaksudkan wanita di kaunter tadi.
“Awak cari kilang8 eh? Go straight, and don’t make any turn. Lepastu masuk ikut pintu kecil.”ujar lelaki itu seolah-olah boleh membaca mata Nurzahra.
Nurzahra mengangguk lagi dan berlalu pergi meninggalkan lelaki itu terkial-kial.

Dia memandang perempuan yang dilanggarnya tadi sudah berlalu pergi. Dia tersenyum sendiri.
“Aku dah tunjuk jalan, bukan nak terima kasih ke apa?”ujar Amirul.
Padan muka kau. Tak sia-sia je aku terlanggar kau tadi, Gelak hati Amirul.
“Ah aku lambat lagi!”ujar amirul seraya masuk ke kilang8.

Nurzahra masuk mengikut pintu kecil yang dimaksudkan lelaki tadi. Nasib baik dia bagi tau kalau tak payah aku nak tanya kat sape-sape, sudahlah aku tak kenal.
“Miss nak tumpang tanya, isi borang kat sini lepastu hantar borang kat sini jugak ke?”tanya Nurzahra kepada wanita india itu. kerani barangkali.
“Ya ya kat saya.” Balas wanita india itu.

Nurzahra mengangguk dan duduk di satu sudut dimana ada meja dan beberapa buah kerusi.

No comments:

Post a Comment